Monday, January 31

nanti lah

aku dah naik nyampah dengar lagu brumo mars kat page aku ni. bukan lagu die tak "in" skrg ni, tapi ade byk lagu yg lagi 'in' sekrang ni. cewaaahhh, konon up-to-date lah tuh. oh tidak sama sekali.bab2 lagu ni, aku sgt tak up-to-date okay. tapi bukan ape, kdg2 aku suka jugak variasi. x kan lagu yg same je kan. kadang2 nak jugak layan lagu beyonce ke, taylor swift ke, usher ke. tpi biasalah, bagi aku yg *cough* buta *cough* IT ni, sah2 la lambat sikit nk discover mcm mne nak tuka lagu kat page sendiri. dah lama tak buat, kne belajar balik pulak. alkisah nya, tahun depan la baru aku tukar lagu eh

maka, bila aku tulis blog ni, aku tertanya tanya, "eh, x de homework nak buat ke aku ni?" tapi jawapan sudah tersedia rapi dalam hati. byk sebenarnya bnda nk kena buat, siap ade exam lagi kannnn. tapi biasalah, I KAN RAJINNNNNN *mata pndg atas, tgn ke dada* ditambah plak snow turun berjuta juta byk nya, bertambahlah kerajinan tersebut.

maka, telah berjanji dgn diri sendiri tadi, selepas tulis blog, hendak sambung belajar.

tapi, ade plak post menarik kat blog2 orang2 neh. manusia mmg pelupa!

No comments: