Tuesday, November 8

update ohh update

akhirnya, dapat jugak i update blog kannnn. dah lama gile x tulis blog, sejak puasa, now dah raya haji okay. punya lah lama.

anyway, i've been busy with works, friends and everything lahh.

here's some pics of me and my workmates during team building. alhamdulillah, my workmates suma okayy. nice and sporting :)




and recent event, mira's engagement. apparently, i kne jadi mak andam. eventho i x terer make up, tp demi kawan, i try my best lah. nasib baik x cacat muka anak org :P anyway, selamat berbahagia mira :)




anyway, lately, i ade bad experience dgn kasut. later2 lah i cerita yeeee. malu wooooo

adios :)

Saturday, July 30

puasa

esok dah nk puasa. terasa cepat gile masa berlalu. rasa mcm baru semalam gi beraya kat purdue. eh, feeling2 raya plak kan. puasa pun blum lagiii :P

anyway, selamat berpuasa. jangan pagi2 bukan periuk :P

Friday, July 22

kurang minat

semalam.. aku pi tgok wayang. tp aku ni kurang minat skit cite2 seram. bukan ape, kurang keberanian sikit lah.tp sb xde cite lain, i gagah kan jugak la. biasa lah takut2 sikit sambil jerit2 tu. nama pun cite seram kannnnnn :P

tp paling aku x minat, orang yg pi tgok wyg, dok berckp ngn kawan2 die. ape ko ingt aku dtg nk dgr ko pye cite ke? klu nk ckp sikit2 tak pe. ni siap nk kasi review plak, "alahhhh, hantu ni mesti dtg dr tepi. klise laaaa...". nasib baik ko tak dok sebelah aku. kalau tak, dah lama aku tampar, lepas tu aku ckp " nyamuk..."

sekian. maaflah, sejak akhir2 ni mmg emo sikit.

Thursday, June 16

pulang ke malaysia

yup, im here at malaysia :) and slowly adapting myself with everything, the culture, the environment, the people and bla bla bla

perasaan? hmmm, bercampur aduk. dulu, kalau dok kt US, everything sume buat dgn friends. if bosan pun, terus ajak hangout, do silly stuffs together. fun time! now, since everyone dah dok jauh2, terasa mcm lonely plak :( but now, i have family near me :)

omg, la ni dah terasa takut nak cari kerja and everything. seram!

psss, mls nk tulis dah. bhahaha :D

see u later with different stories of mine, mr bloggie!

Monday, April 25

memories :)


ohemji, lama gila tak update blog. last update after spring break. ya ampun, sekarang ni dh nk final dahh. nak balik malaysia pun. ish2 :( maka, terpaksa lah aku update ala-ala kadar je, cukup lah untuk menyedapkan hati. jangan tanya kenapa tak update blog, sebab jawapan nya mmg tiada. noktah!

tak sangka ye, bila fikir2, mcm mana la aku boleh study kt oversea. kdg2 dlm class, mengelamun kejap (bukan tido yeeee!), terfikir,"betul ke aku kt US ni?" tapi setelah nmpk minah disebelah berambut blonde dan mamat di sebelah bercakap bahasa inggeris, aku agak sure la yg aku kat bumi Amerika. it's been a long and sweet journey :)

yup, memori kat US byk mengajar aku ttg hidup, kawan, and life. ade yg manis, ada yg agak2 kelat sikit, tp aku harapkan penhujungnya nanti, semuanya best!

thank you friends for everything :)









Saturday, March 19

hidup memang x selalu indah


batuk ooo batuk. la ni, aku dok batuk mcm org tua. org tua pun kalah. mana tak nya, baru nak baik sikit. pi makan plak eskrem. konon2 dah nak baik lah kannn. hambek ko. lagi teruk. tapi ni kira elok la sikit. ari tuh smpai ilang suara. kalau ade suara pun, mcm nyah uollssss

maka, apa cerita cuti2 selama seminggu ni? aku gi naik cruise. tipu la kalau aku kata tak best. sah2 la best. makan free semua, hambek ko suma order appertizer 2 kali. makan tak hengat punya. tgh malam, makan ice cream lagi. tapi aku tak dapat la makan ice cream, suara pun macm mak nyah kannn. kalau makan ice cream nanti, tak tau la suara apa yg kuar =.=

ada mcm2 bnda nk cite, tp malas eh nak taip ni. len kali aku ingt nk beli computer yg tak yah taip. sebut je, terus tertulis. wahhh, pemalas sungguh eh aku ni. hehehe.

ni ada sikit gmbr. gmbr kamera i ni x cntik. kamera murah. hahaha. apesal tak letak gmbr sendiri? malas. nti org kata suka camwhore plak kannnn









Tuesday, March 1

random me

anak : abah2 tu mentang ape?

abah : siput babi nak...

anak : siput ape?

abah : siput babi sayang.

anak : siput ape?

abah : siput la, babi!

to do list

i need to finish my assignment aka book review asap. before spring break. the problem is, buku pun x habis baca lagi :(

perlu baca cara cepat neh!


ps: lagu di tepi ni perlu ditukar. bukan bulan cinta dahhhh. hahaha :)

Sunday, February 27

happy week


it's really been a while kannn? yup, tak tau la why i dont feel like posting anything nowadays. im just not in mood. tapi baca blog, still my "thing" ye

so, what i been up to lately? nothing. nothing special. nada! hah, i mean i been busy lately with school eventho amek 3 subjects je and one of them is bowling. but dont judge me okay. bowling susah okayyyyy

hah, cerita pasal bowling, i have a story about my bowling class, not story la, my new achievement :P so, in the class, we only had 4 girls and the others suma laki. of course lah i group dgn budak laki kannn. bukan gatal ye, i tak main gatal2 neh, tpi group sume lecturer yg decide.at first, i thought im the only malay there, but actually ada sorang lagi and he ended up with the same group as me. and ada la beberapa org mat salleh in the same group. and typical la kan, laki lagi terer dari perempuan kan and azam i nak lawan suma mamat terer ni. oh ye, the 2 mamat in my group, they are super duper good. intimidate okay. so, long short story, last week was the best performance that i ever did. i got 170 points!!! maybe for u guys, sikit sangat lah tu kan, but for me, it was HUGE. HUGGGGGEEEEEEE! and the sweetest part, the guys in my group feel happy for me. they even cheer for me. auuwwwwww :) tak yah nak perasan la amalina oiii. ada yg kena lempang kangg!

but one thing that i learn about my self lah kan, when i bowled too good during one week, the following week will be depressing week for me aka my scores would look like i dont even know how to bowl. so, welcome depressing week ! yeayyyyyy!!

ok, so rasa nya cukup setakat ini sahajalah update kali ni. eh, lupa plak. aritu ade chinese new year celebration. it was funn and omg, i love the food! thanks for the new menu PUMSA :)
i didnt take lots of pics that night. but here are some pics!


meet Apa, fafa, me and looks-like-busy Dina





and you know what, i cant wait for my sweet escape :) im totally readddyyy for a vacation babeyhhhhhhh! hek eleh, lebih2 plak ko ni kannnnn. sikit2 sudah, chillex sudehhhh

psss: and last week was my sister (anyah) bday. happy bday anyah :) i love uuuuuuu!


Monday, February 14

hish

malas gilossss nak study
bile nak cuti niiiiiiiii?
cepat la dtg spring break!







ohhh, by the way, salam maulidurrasul and selamat hari kasih sayang my lovely friends. i love u guys :) YES, YOUUU and YOUUUUUUU! :)


Tuesday, February 8

gigi arnab



pssss, ini sepatutnya rahsia but as i told u guys, it's not a secret anymore lah kannn. tapi disebabkan, one friend of mine tag me for a contest, which aku tak masuk pun, but ianya mengingatkan aku kepada satu benda, GIGI. yup, myyyyyy teeth!

masa aku kecik2 dulu, the ugliest thing kat my face is my teeth. at least this is what i think, but if korang rasa gigi arnab sangat comel and 'IN' wktu tu, terima kasih! naik sikit keyakinan diri aku ni kan. but still, omaigod, hodoh gile okay! cuba bayangkan eh, saiz muka waktu kecik2 sah2 la kecil sikit kan, but then, saiz gigi terlebih besar. tak ke mcm pelik je muka aku. kalau muka aku ni cute, x de la aku kisah sgt kannn. tpi kecik2 dah la selekeh kan, tambah plak ngn gigi arnab. tak selera nk tgok okay!


seeeee, kecik2 pun aku senyum tutup mulut. nk cover gigi

so, ntuk menutup gigi yg *uhuks* agak *uhuks* besar, terpaksa senyum tutup mulut. and akhirnya, terbiasa smpai la dh besar. aku rasa up till now, korang susah la nk dpt tgok gmba aku nmpk gigi, except candid pics. nasib baik sekarang ni muka dah besar sikit kan, gigi tu mcm proportionate la sikit dgn muka kannn

ni aku dapat la cari sikit2 gmba aku yg nmpk gigi. itu pun sb candid. hodoh okay. x yah nak mengata eh, aku tahu sendiri. haha




oh cerita di sebalik gigi arnab tersebut!

ini lagi kes memalukan +_+ waktu kecik2 dulu, ibu aku risau since everyone wktu tu dh cabut gigi depan la, gigi belakang la. tapi anak dia yg dua org ni, tak de satu gigi pun yg goyang. so, si ibu terus 'volunteer' gi jumpa dentist suruh cabut gigi depan anak-anak nya. dentist tu sah2 la tak kisah, kita yg byr kan, die ON je la. aku sbgai anak2 ni macam mana?sape nk jawabkannnn?? tp sebagai anak mithali, sah2 la ikut je cakap mak kann. ingt ye kwan2, syurga di bawah tapak kaki ibu! sakit cabut tu satu hal lah, bole la tahan sikit, eventho rasa mcm nak sepak terajang je dentist tu kan. tapi yg paling menyeksakan bila gigi depan ni tak tumbuh2. aku rasa, ada la dekat setahun berlubang je mulut aku! smpai lawak2 psl longkang di mulut ni, kira dh immune waktu tu. balik kampung, sah2 la kena ejek. kalau ko nyorok, lagi la kena.so, solution aku senang je, tunjuk je terus gigi berlubang tu kat sedara mara. tak rasa nk marah, tpi rasa mcm cool plak sb tak de gigi kannnnn. korang ade??

maka, ibu2 di luar sana, peringatan ye. kalau gigi anak2 anda tak goyang, sila lah jumpa dentist suruh cabutkan especially gigi yg kat depan tu. bole prektis dr kecik, senyum smbil tutp mulut. nanti bila anak dh besar, anda akan dapat senyuman malu2 kucing mcm saya. senyum sambil tutup mulut kan manissssss! *lempang*




yg ni tutup mulut sb takut ade cili kat gigi

Friday, February 4

pedas smpai menangis


ah, title je bunyi mcm dasat, tapi cite psl bnde biasa je. heh :P

maka, datangnye bulan february, orang dok cite pasal cinta, sok ceq pun suka la nak cita psl cinta. baru feel sikit kan.bukan cinta ceq, tapi orang lain punya naaaa

sblm aku terus melulu cakap, biar aku bgtau awal2. ni pendapat aku jer eh. korang tak yah nk emo2 plak kalau tak sependapat. ceh, bikin drama je nanti. hehe

maka smlm aku tertengok cite The Bachelor. omg, seriously i felt like i want to cryyyyyy. okay, aku kasi briefing la. basically this TV series is all about a bachelor who wants to find a perfect wife, and of course la he is hot and rich kannn. the program will provide 25 girls for the bachelor to choose and he gonna eliminate them one by one.

gambar aku amek from pak cik google. oh, and he is "the bachelor for" latest season

part yg aku rasa sedih sgttt ni bila die eliminate some of the girls and of course the girls will cry and it really breaks my heart okayy! cuba bayangkan eh. u gives your heart and everything, 100 percents commitment then suka2 hati je laki tu kata NO sb ade perempuan lain yg lebih baik. wah, cliche2. kalau ko di eliminate awal2, maybe okay la kan since u dont have 'the feeling' lagi. tapi cuba bayangkan kau adalah top 5 ke, x ke sedih tu. and sometimes, perangai bachelor ni seriously makes me want to slap him okay! *okay, aku dh mula emo kan* tapi menyampah okay dgr die cakap, "it really breaks my heart to see the girls cry. i feel like i want to comfort them and bla bla bla".

seriously? seriously?

for me, kalau jantan sangat, stop the TV series. tak de kemanusiaan ke buat orang lain menangis melalak and the reason behind it, is YOU. for me, that is not even macho okay, act manly la sikit wehhh. oh and i believe, what goes around comes around. and even if I am one of the girls yg menang, i might think twice. hey, your maybe-future-husband sah2 la gatal kan!





and now, im thinking....







what the hell aku tulis bnde merepek ni. suka hati la kan orang nak buat rancangan apa pun kan. yang aku nk emo lebih2 ni ape psal kannn? sape suruh aku tgok cerita tu kan? sapa suh org perempuan tu gi masuk rancangan tu kan. sape makan cili dia la rasa pedasnya. pedas sgt cili smpai menangis kau dibuatnya. hambik ko

but this is just piece of me lah kan. aku just rasa, it is wrong and unethical to play with someone's feeling. you know im right kann? kannn? fine, aku tak de point kat sini. tapi aku x de la nak sebelahkan pihak laki ke perempuan. kalau perempuan buat mcm the bachelor tu, aku pun marah jugak


eventho aku rasa nak mencarut tgok cite ni, tapi last2 aku ikut je sume episode dia. biasa lah aku, mencarut2 pun, tgok jugak. apaaa daaaaaa! beria marah, lps tu still tgok jugak. x de pendirian lansung. heh

Tuesday, February 1

sudah dapat betis, nak peha plakkkkk


so, at last Purdue decided to cancel all classes because of the snow. yeah right? magic kannnn? just for your info, i dont think the situation is that BAD but tomorrow, im pretty sure lah, weather akan mengganas. i dont want to say this, but PURDUE, u shud cancel class for tomorrow la, not today!im just sayin' hihi :P

tak bersyukur eh? manusia memang mcm ni!


after i got the news yg tersebar-sebar meluas tentang class cancelled smpai ade fb group "i love purdue because classes got cancel today", so i terus decide, for today say NO to STUDY . since the exam was postponed to thursday, why do i even bother to study kannn? ayat ini saje je sarcastic. besok tengoklah aku menangis sb tak cukup masa nak study. waktu tu, kalau tgok post ni, terus rasa nak tampar diri sendiri. heh

bukan apa, weather ni punye pasal lah. ceh, salah kan weather plakk? sejukkk woooo, rase malas nk buat ape2. tapi sifat pemalas tuh mmg dh melekat dlm diri, so tinggal cari alasan je tak nak baca buku. heh

at least, today aku manage selesaikan satu task. oh, jangan tertipu. kerja ni kalau lecturer tau, terus die lempang aku smpai pengsan. nak tau ape yg aku accomplish? heh. aku abeskan tgok cite ASOKA. yup, hindustan movie yg ade shah rukh khan tu. oh, aku suka gileeeeee cite tuh. actually aku dh tgok cite ni 4 kali kot. dh boleh hafal plot dia, tp still, aku suka jugak. hehe


aku pun tak paham apesal tibe2 masuk cite asoka dlm post ni, ape2 je lah. so, that's my story for today. kesimpulannya, manusia memang tak pandai berterima kasih. dah kasi peha, nak satu kaki terus. hish!



Monday, January 31

nanti lah

aku dah naik nyampah dengar lagu brumo mars kat page aku ni. bukan lagu die tak "in" skrg ni, tapi ade byk lagu yg lagi 'in' sekrang ni. cewaaahhh, konon up-to-date lah tuh. oh tidak sama sekali.bab2 lagu ni, aku sgt tak up-to-date okay. tapi bukan ape, kdg2 aku suka jugak variasi. x kan lagu yg same je kan. kadang2 nak jugak layan lagu beyonce ke, taylor swift ke, usher ke. tpi biasalah, bagi aku yg *cough* buta *cough* IT ni, sah2 la lambat sikit nk discover mcm mne nak tuka lagu kat page sendiri. dah lama tak buat, kne belajar balik pulak. alkisah nya, tahun depan la baru aku tukar lagu eh

maka, bila aku tulis blog ni, aku tertanya tanya, "eh, x de homework nak buat ke aku ni?" tapi jawapan sudah tersedia rapi dalam hati. byk sebenarnya bnda nk kena buat, siap ade exam lagi kannnn. tapi biasalah, I KAN RAJINNNNNN *mata pndg atas, tgn ke dada* ditambah plak snow turun berjuta juta byk nya, bertambahlah kerajinan tersebut.

maka, telah berjanji dgn diri sendiri tadi, selepas tulis blog, hendak sambung belajar.

tapi, ade plak post menarik kat blog2 orang2 neh. manusia mmg pelupa!

Saturday, January 22

history channel




for today,mission aku is to read 3 chapters of history. at first, cewah rase mcm achievable lah kan. berkobar-kobar mcm lagu akhbar berkobar-kobar ape ntah. but after sejam baca, perasaan aku ni meluak-meluak, rasa nk hempuk je buku tu kasi hancur. wah, eksperesi melampau betul eh. mana tak nye, banyak sgt perkataan, berpinar-pinar mata ni baca, aku yg tak rabun pun rasa nk jadi rabun terus. so seperti biasa, mission failed as for now laaa. cepat mengalah tuh mmg tabiat biasa aku, x yah buat terkejut plak eh

tapi baru aku perasan yg basically everyone akan ckp history boring, except ahli2 sejarah yg sah2 la suka psl history kan. prove nye, waktu sekolah2 dulu, aku mmg suka tido waktu sejarah. cikgu cakap kat depan, kita bukak buku sejarah, tapi di sebalik nye, tido smpai air liur basi keluar pun tak perasan. aku mmg sememeh sikit wktu sekolah dulu (eh silap, smpai sekrang!) tapi kalau nk diikutkan,memang sume subject aku tido. so, dgn ini, sbgai pelajar berwawasan lagi berdedikasi ,aku telah mengeluarkan few reasons kenapa aku tidak suka sejarah. fine, aku sorang je la yg tak suka sejarah kannnn

-sejarah bercakap pasal benda yang sudah berlalu. tapi, sejak dari kecil, P.Ramlee dh ajar kitaa, "barang yang lepas, usah dikenang". nmpak tak these two ideas clash antra satu sama lain. maka, jalan mudah, sah2 la aku ikut p.ramlee punye nasihat, sekurang2nye die lagi handsome ape dari cikgu2 sejarah yg lain.

- sejarah cakap pasal benda2 bosan. tak de orang handsome pun. aku yakin ah, kalau sejarah tuh cakap pasal mcm mne johhny depp jadi handsome sgt or ckp psl mcm mne bruno mars kasi tips suara jadi sedap or pasal kenape justin timberlake tak kawen2 lagi, confirmo sume org mesti tak tertido punye lah. aku yakin sangatlah, mata semua mesti terbeliak




- buku sejarah tak menarik perhatian. ini perlu diakui okay. cuba la letak gmbr2 menarik perhatian. ini letak gmbr poster zaman2 dulu yg kadang2 ntah pape. tak pun letak la gambar mickey mouse kat depan ke. eh, tapi logik jugak, kalau diorang letak gmbr masa kini, tak de lah nama nye buku sejarah kannn



mengikut fakta2 aku nehyg kadang2 bias terhadap luaran sahaja , itu lah reasoning aku sebab ape sejarah itu bosan. tapi aku dh tau sebenarnye sebab paling utama sejarah tu bosan... AKU PEMALAS NAK BACA BUKU! heh, amek ko, terbongkar rahsia.

dah, sebenarnya dari aku merepek, baik aku sambung baca buku sejarah +_=






Monday, January 17

birthday party





ingat tak lagi waktu korang kecik2, hingus meleleh, comot2, korang dpt hadiah bday ape eh? haaaa, aku sendiri dh lupa aku dpt hadiah ape. tapi yg aku pasti, aku selalu tersilap ingt bday aku sendiri. cesss, main suke2 je tukar tarikh lahir sendiri kan.

tapi biasa lah kan, klu waktu kecik2, bday mak ke bday ayah ke, tiup lilin mesti nk berebut. padahal tiup lilin je kot. poyo. kalau dipikirkan, budak kecik ni memang suka attention. tapi bile besar nanti, jadi pemalu pulak. eh, aku tak ckp aku pemalu eh :P *lempang sikit plisss*





anyway, aku baru celebrate bday budak kecik (zara) kat sni. it was so much fun la senang kata. and of course the food pun superb2 kan. dapat jugak i makan mee kari. dh lama mengidam wooooo. ni malas ckp psl makanan, kan dah meleleh air liur. hish, tak senonoh!



benarlah kata pepatah, dimana ada mkanan, di situ ada manusia


smpai terkangkang eh bukak hadiah. haha


btw, happy bday zara :) moga jadi anak yg baik dan solehah mcm kakak eh! eh, silap, mcm sape2 je lah. LOL




Tuesday, January 11

cerita tak menarik


ish, dah berhabuk dah blog ni. sian aku tgok, last update psl movie splice. urghhh, tak menarik lansung. perlu buat entry banyak, so that org tak terpengaruh dgn cerita splice. aku sendiri geli geleman memikirkan cerita tuh. hish

last 2 days, adalah penghabisan winter break. sedih woooo :( ade la kan mcm nk menangis sb tak bole tido lambat pukul 3 pagi lepas tu bangun pukul 3 petang. bagus gile tabiat, kalau mak cik2 terbaca blog ni, sah2 kena reject jadi menantu. hahahaha

so, nak dijadikan cerita, hari ahad tu, aku abes tido awal, so tak de la terbangun lambat nak pergi class. tapi takdir tuhan tak dapat ditukar, langit tak selalu cerah, aku terlepas jugak class ari tu. bagus gile starting pun dh tak berapa nk best. bangun2 rasa bengang ngn diri sendiri, mandi terus pergi lunch. haish

bosanlah cerita pasal class, jom cite psl winter break. padahal aku dok sini je, tak pi mana2. ade jugak la aku pi jalan, tapi setakat indy tu jauh mane la. hahaha.tapi ade la aktiviti lain selain makan dan tido kannn. x de la tido sepanjang hari kannn, mau aku jadi polar bear terus.

maka, setiap hari perkara wajib bila bangun tido, kena fikir ape kena buat ntuk hari tersebut. aktiviti ni kalau difikirkan sgtlah menarik sebab kadang2 brainstorm membuatkan otak kita letih lantas kembali tidur. tapi terjaga kembali setelah dapat ilham dari mimpi. habes mukjizat la konon nye -_- awal2 winter break tu gembira bukan kepalang, snow turun punye la lebat smpai sledding esoknye terasa mcm naik roller coaster. kat situ dh save duit skit sb x yah gi theme park nk men roller coaster.


skuad gigih sledding


bile smpai tgh2 winter break, tibe2 purdue ni jadi panas plak. mungkin feeling2 pergi miami agaknye. haish, smpai kan kitorang terasa nk buat bbq kat luar. tp kang, takut jiran2 mengata plak, ape ke jadah nye buat bbq waktu winter2, so, niat terhenti di situ. selalu nye, ptg2 ni kitorang buat2 la rajin2 minum air kopi, smbil makan cekodok sambil brainstorm movie ape nk tgok malam nanti. idea movie aku selalunye ditolak tepi kerana penghujungnya cerita tuh mesti hampeh nk mampus. trus kena banned


konklusi di sini, winter break ni seakan2 bootcamp ntuk pengkritik movie. abes je cerita, masing2 terus mengeluarkan idea dan kritik. ade setengah tuh, disebabkan rasa depress asyik tgok cite seram je, trus jadi trauma tak nak tgok movie seram setahun. tapi selalu nye bile depress, mula la main bomberman, konon2 nk lupakan cerita pasal hantu. tapi idea ni kadang2 tak bernas, sebab terus jadi lagi depress bila kita tak pernah menang lansung. ceh



muka waktu ni gembira lagi, tgok la after movie. hampehhh

penghujung winter break, mcm ade demam monopoly. asyik2 main monopoly je. tapi aku main, asyik jadi banker je. org lain berebut nak main, aku sorang je beria nak jadi banker. trauma sb main tak penah menang.LOL.

hah, sebelum abes cuti tuh, sempat jugak aku tgok basketball. game bapak gile depressing, nasib baik menang.klu tak rugi sedollar duit ticket. sedollar pun ko nk berkira eh




aritu aku ngn fafa tgok ajl kat youtube. tak de yg menarik, tapi aku sokong Lan ngn Black. oh lupe, faizal tahir sekali. tapi aku konfius, kenapa die menang persembahan terbaik. tapi aku lagi suka tgok siti punye persembahan. haha. tibe2 potong stim bile tgok persembahan tomok, lebih2 lagi tgok rambut die tuh. menyirap aku. maaflah peminat tomok! bahahahha

nanti aku bukak cerita pasal azam aku