Friday, July 9

perlu diet sekarang!

maka, baru aku sedar baru-baru ni yang aku gemuk. padahal selama ni makan tak hengat dunia kannn. tp sumpah tak tipu byk sgt spare tire :( so, dgn keazaman yg membara dan konon2 dpt semangat mcm peserta the biggest loser, dah 2 hari aku jogging. nak bgi bdn fit skit plus nak sihatkan bdan la kannn. hari first jogging, rase nk tercabut jantung. abes jogging satu padang 4 pusingan, berhenti kejap kemudian rasa nak pengsan. balik cerita kat ayah, ayah aku gelakkan aje. mane tak nye, baru 4 pusingan dah letih, nmpk sgt byk lemak!

mlm tu, ayah aku ajak gi beli kasut jogging since aku pakai sneakers adek aku jer. itupun ketat nak mampus! tak bernafas kaki aku, maybe sb tu kot aku ras nk pengsannn. dah beli kasut, ayah aku cakap, "esok jogging kena 1o pusingan sb dah ade kasut baru ". haaaaa, terdiam aku!

arini, dapat la aku pusing 6 pusingan lps tu jalan kaki lenggang kangkung 3 pusingan. biasa la kan, semangat pakai kasut baru. nak jadikan cerita, bole plak ayah aku ajak pekena roti canai lps abes jogging. agak2 panas tak hati aku?? baru aku jogging bakar lemak, lemak baru sedap plak bertapa kat bdn aku balik. maka, esok mahu berjongging sepenuh hati !

3 comments:

Anonymous said...

Aku rase aku paham teori ayah kau... 10 pusingan sama dgn 1 keping roti canai. Hahahaha.

~Amira Abd Rani~ said...

amaaal,
xyah diet!
nnt dh nak pose dh.
mesti turun berat bdn.
hehe.

cik amal :) said...

saini : waah, bagus benar teori nyer tuh eh. hahahaha

mira : x penah dlm sejarah hidup aku waktu bln pose turun berat bdan.so, aku kena try skang. hehe :P